Pernah nampak sumpah-sumpah tak? Pernah tangkap? Binatang sumpah-sumpah ini terdapat di mana-mana di negara kita malah di seluruh dunia. Ada yang berani menangkap sumpah-sumpah ini dan ada juga antara kita yang takut malah geli melihatnya.
sumpah-sumpah | sj binatang kecil yg seakan-akan cicak, kulitnya berwarna hijau dan boleh bertukar warna mengikut keadaan sekeliling, Calotes cristatellus. | Kamus Dewan Edisi Empat |
chameleon | n 1. kameleon, sumpah-sumpah; 2. (fig.) orang yg berubah-ubah (mengikut keadaan). | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
sumpah-sumpah itu mengkarung
bertukar warna seluruh badan
peribadi rendah bercakap bohong
di mana ketika di mana keadaan
bertukar warna seluruh badan
peribadi rendah bercakap bohong
di mana ketika di mana keadaan
mata melilau lidah bertindak
tangkap mangsa buat santapan
cakap meracau sumpah tidak
berani juga menyoal kebenaran
tangkap mangsa buat santapan
cakap meracau sumpah tidak
berani juga menyoal kebenaran
di dalam semak adalah ia
di pokok tinggi atau rendah
hidup tidak kerana doa
mati tidak kerana sumpah
di pokok tinggi atau rendah
hidup tidak kerana doa
mati tidak kerana sumpah
Kata peribahasa, ‘hidup tidak kerana doa, mati tidak kerana sumpah’ bermaksud berusahalah dengan tenaga dan fikiran sendiri, dan jangan mengharapkan sangat pertolongan orang lain. Hidup dan mati telah ditentukan oleh Allah swt manakala kita dituntut untuk sentiasa berdoa dan meminta pertolongan daripadaNya
No comments:
Post a Comment