Berita baik saya ingin kongsikan dengan anda!
Bermula 1hb November, saya akan mengendalikan sebuah rancangan “talk-show” bertajuk “JUTAWAN!” setiap minggu. Tetapi… bukan talk-show TV seperti mana ramai menyangka semalam. Tetapi, talk-show untuk radio. Radio 24! Yes!

JUTAWAN! adalah talk show di mana saya akan menemuramah usahawan-usahawan jutawan yang berjaya dari pelbagai industri. Setiap episod/siri akan memaparkan seorang tokoh jemputan JUTAWAN!. Tidak seperti talk show yang lain, konsep talk show ini adalah berkisarkan pembangunan diri di mana teknik dan strategy kejayaan akan dibincangkan.

Apa yang membezakan mereka yang bergelar jutawan? Apakah mindset seorang jutawan? Bagaimana kita boleh aplikasikan strategi perniagaan dan pembangunan diri usahawan-usahawan jutawan ini? Dan macam-macam lagi persoalan menarik mengenai minda jutawan!
WOW! :) Saya amat teruja dengan peluang yang diberikan ini… ramai nama-nama hebat industri akan turut menjadi tetamu undangan JUTAWAN! bagi setiap siri dan saya tak sabar untuk mengendalikan program 2 jam ini!
Itulah matlamat besar saya yang saya sebutkan semalam. Tidak 100% seperti matlamat yang saya bayangkan, oleh kerana matlamat saya adalah mengendalikan rancangan TV berkonsepkan sebegini. Tetapi, tawaran dari Radio 24 ini is excellent sebab dapat menemuramah selama 2 jam terus… (kalau TV selalunya 30 minit shj… sedikit singkat).
Ok, nak juga saya sebutkan tentang “re-branding” yang saya sebutkan semalam…
Oleh kerana kini saya makin banyak menerima tawaran di media untuk menyampaikan mesej-mesej motivasi, saya dapat lihat arah hala karier saya sebagai motivator.TETAPI, bagi mereka yang sering mengikuti perkembangan saya, tahu bahawa,strategi yang saya gunakan adalah menjadi lain-daripada yang lain.
Oleh itu, kalau lihat kembali tajuk talk-show saya ni, JUTAWAN! bersama Irfan Khairi, saya mengambil keputusan untuk tidak menggunakan “Dr” dalam penampilan saya di arena motivasi.
Antara sebabnya:
- Motivator sering di kaitkan dengan Dr seperti Dr Fadzillah Kamsah, Dr Tuah, Dr Shukeri dll… walaupun saya menghormati kesemua pakar motivasi negara, saya ingin mengambil pendekatan berbeza (USP)seperti mana saya sering lakukan

- Bagi yang mengetahui, doctorate yang saya miliki adalah DBA (Business Administration) dan bukan PHD. Pakar motivasi negara kesemuanya adalah PHD holders. Oleh itu, sebaiknya saya tidak menggunakan DBA saya untuk mengelakkan kekeliruan dan juga salah tafsir terutama dalam bidang motivasi. DBA (perniagaan) adalah berbeza dengan PHD (filosofi).
- Dengan pendekatan “Irfan Khairi” saya sering rasa lebih dekat dengan pembaca, pendengar dan penonton. Beberapa kali saya sudah sebutkan ini di Tip Satu Minit. Tambahan, bagi mereka yang pernah melihat saya beri ceramah, pendekatan adalah agak berlainan dari motivator lain. Juga, rancangan “JUTAWAN!” nanti, muzik tema saya agak “rock” dan konsep talk-show saya agak “edgy” & “funky” sikit… jadi, sebaiknya, saya hilangkan identiti motivator konvensional :)
Oleh kerana branding yang digunakan untuk mendekatkan dengan penonton, maka, di media, Mr Bean tidak menggunakan “Dr. Rowan Atkinson” A lesson saya pelajari dari Mr Bean!
Jadi, lepas ini, penampilan saya adalah “Irfan Khairi” sahaja…. itulah re-branding saya. Seperti asal 2 tahun lalu So, jangan ketinggalan…
Radio24 | 93.9FM | 3pm-5pm | Setiap Khamis
Saya akan gunakan peluang yang ada untuk mendekatkan lagi mindset jutawan kepada pendengar-pendengar melalui “JUTAWAN!”, selaras dengan minat saya dalam, membuka kunci kemampuan diri pendengar dalam mencapai kejayaan, kekayaan & kesejahteraan!
Terima kasih kepada Radio24 kerana memberi peluang ini kepada saya, terutama Sheikh Raffi- one of the most creative person in the media/broadcasting industry I have met!
Cayalah! (oh ya… “Cayalah!” akan jadi tag line saya…)
ps: Perasan tak, saya di studio Astro Awani secara LIVE setiap Khamis 11.30am di
Wanita & Wang (channel 123 astro) … lepas tu, terus cabut ke studio Radio24 untuk rancangan secara LIVE
JUTAWAN! juga… wah. Sibuk macam PM

bagi mereka yang mengikuti WW bersama Irfan Khairi, jangan lupa pula untuk dengar talk-show saya di radio24!